Buat paper memang susah or aku seorang je rasa susah?
Till now tangan aku still gigil2 tak boleh dikawal. Dah rasa kena parkinson pun ada.
Petang semalam, 22 Jul, aku dapat emel warning dari pihak urusetia. Gila berdebar. Peluh2 aku dibuatnya. Due date penghantaran paper adalah semalam. Sesiapa yang hantar selepas tarikh berkenaan tidak akan dimasukkan ke dalam buku konferens.
Omai2........aku tak tahu la ni ugutan betul ke tak. If dia hantar macam tu bermaksud ramai lagi ketua projek yang tak hantar. Tak2. aku bukan nak sedapkan hati. Tapi......bila fikir balik orang2 berpangkat ni, kadang2 mereka ambil tak endah je due date ni. Termasuk SV aku. Haha. Aku bernasib baik juga SV tak mendesak tanya bila nak hantar (tapi pada masa yang sama, perkara ini buat kau makin malas).
Aku dah hantar ke SV untuk di check. Harap2 dia check hari ni juga so that aku boleh betulkan dan submit to urusetia by today! If terdesak, aku rasa aku perlu scan mc2 aku tu. Jauh di dasar hati, aku berharap gak yg SV atleast buatlah apa2 tindakan. huhu. Penatlah if semua perkara aku kena uruskan. Tak2, bukan mengungkit.
So, sekarang nak sambung cari literature untuk thesis. Buat persediaan di masa hadapan. Pergi Bengkel Dr OT pun tak dapat membantu if diri sendiri malas nak arwah! T______T
Pas submit paper selesai, boleh fokus on inti! Then fokus to next chapter dan seterusnya~ Fuh! macam dekat tapi jauh perjalanan onak berduri ni. Tak boleh nak persoalkan kenapa. Nanti dikira kufur nikmat.
Ya Allah, tetapkanlah niatku. Berikanlah petunjuk Hidayah. Permudahkanlah kehidupan kami sekeluarga di dunia, alam kubur dan akhirat. Amin...
p/s: terbaca status coursemate yang cuba siapkan thesis dalam masa sebulan. If dia berjaya, memang salute habis weh!!
Sebelum mengundur diri, terimalah! (Sumber rujukan: Google image of postgraduate student)













