8.8.13

Raya yang tak raya

Secara jujurnya aku benci raya. Nope. Aku bukan benci benci bulan Syawal. Tapi keadaan raya di rumah yg sungguh pathetic. Raya macam tak raya. Dari petang tadi dah cuba untuk menahan sedih. Tapi akhirnya tumpas jugak malam ni.

Mak dah semangat nak shopping raya. Sepanjang bulan ramadhan ni, bapak langsung tak bawak mak gi shopping mana2. Susah gila nak bawak. Takat gi pasar malam, takpun bansoon. Itu pun mak gi sendiri pas balik kerja. If bapak tawar diri nak bawak shopping, memang boleh sujud syukur dow. Come on, isteri mana yang tak suka nak shopping kan? aku pun siap2 bila mak kata bapak nak bawa shopping. Tapi, unfortunately, bila sampai tempat tu, bapak just benti tepi jalan, drop kan kitorang, pesan, 'Da habis shopping you call i.  tak nak masuk, kena bayar parking.'

WTH weh? Omg, hari dah la hujan. Even though renyai2, still..hujan.. Dengan mak tak sihat. Geh. Takpe, kuatkan hati. Mak pun ok. Temanlah mak yang nak mencari langsir. Bila tanya staff tu nak langsir macam ni macam tu. Tapi dia kata, 'cari sendiri'. Ok. Ni lagi satu aku hangen ni. Malas nak gaduh, gi la cari..Tempat tu memang dah tunggang langgang. Selongkar la satu-satu mencari. Tapi tak jumpa mana yang nak. So ambil je la apa yang ada. 

Then cari sarung kusyen. Takde. Maksud aku tak cukup bilangan. Well, shopping last minit memang macam ni la keadaannya. Mak kata nanti kita minta bapak bawak gi Giant. Then, dah habis shopping call bapak. Mak minta bawa gi Giant. Tapi ada je alasan bapak. Sudahnya dia bawa ke Giant South City. OMG. Dan seperti biasa, drop kan kitorang kat tepi jalan. Aku speechless. Rasa macam naik teksi pulak. Dalam Giant tu lagi menyedihkan. Takde pape pun. Then mak cakap nak beli beras since beras kat uma dah habis. Mak tanya larat ke nak angkat. Eheh, haruslah larat. Bila pikir balik, haish, dah mcm kehidupan ibu tunggal pula.

Patutnya malam dia dan isteri dtg tido rumah. Janji nak bawak ini itu. Tolong mak masak ini itu. Langsir pun menunggu si dia since dia tinggi kan. So bolehlah tolong pasangkan dan kemas rumah pape yang patut. Bapak jam 10 dah keluar rumah. Aku dah semangat nak buat 2 jenis kuih. Tapi mampu buat 1 je. Mood dah tak elok. Sebabnya, si dia dan isteri tu tak muncul2. Khabar berita pun takde. Mak dah emo2. Dengan langsir tak reti nak pasang bla3.Aku kemas balik barang2 kuih tu, naik atas dan...tadaaa..meluah kat sini.

Enough la. Aku dah penat sambut raya macam ni setiap tahun. Malam raya patut meriah. Baca status kat fb semua buat persiapan itu ini. Tapi rumah aku? Heh, sunyi sepi. Aku dan mak je ada rumah. Aku tak bermaksud nak burukkan sape2. Tapi, nanti korang dah berkeluarga, treat la elok2. Tak mintak pun mewah harta. Cukuplah jaga soal kebajikan semua. Sekali sekala, bawaklah dorang jalan2. Bukan terperap kat rumah je. Alasan, kat luar takde apa. Memang tak jadi apa la. See, tak hairankan aku benci raya?

Aku takdelah kejam sangat. Aku nak tunggu mak masuk tidur. Then nanti kemaslah pape yang ptt. If kemas sekarang ada je dia bising.

Selamat Hari Raya. Esok mata mesti bengkak.

3.8.13

Perpisahan lagi?

Ana menunggu hari untuk menghabiskan masa sebagai pelajar master dan RA. Syamil pula dah dapat penempatan nun jauh di sabah. Apa akan jadi kat kitorang nanti? Ckino..Alin..bila korang semua dah takde, apa akan jadi kat aku nnt?

Omg..omg..sedihnya. Tapi perpisahan tu akan tetap terjadi. tak kira cepat atau lambat.

 
Adakah aku orang tua dalam klip ni?

Haha, cakap banyak pun tak guna. Guys, whatever you do, do your best. Hidup ni masih panjang untuk dilalui. Melainkan ajal dah sampai. Aku doakan yang terbaik untuk korang.

Ala..sorilah tacing2. Korang pun tau hati aku tak kuat sangat :p



Musibah.

Well, lately ada perkara-perkara besar jadi. Nak kata besar tu, tak taulah. Sebab memang dah biasa kan dengan perkara2 besar ni.

Apa-apa pun, aku berharap keadaan ok. Keselamatan semua ok, walaupun sebenarnya dalam hati ada sedikit cuak untuk meraikan raya.

Sebenarnya ada perasaan kecik hati sikit. If benda tu tak melibatkan ahli family dia, so dia tak kisahlah? bila tengok nama suami dia ada baru nak mengamuk-amuk. Tak pikir ke keadaan aku ni? ke aku ni bukan family?

Untuk si dia yang tak dapat diksean tu, tahniahlah berjaya menghuru-harakan keadaan. Aku tak tau nak cakap apa dah. Jenis orang tak pikir panjang memang menyusahkan.

Ya Allah, lindungilah kami. Berikan aku kekuatan dan kesabaran.

23.7.13

Susah ke?

Buat paper memang susah or aku seorang je rasa susah?

Till now tangan aku still gigil2 tak boleh dikawal. Dah rasa kena parkinson pun ada. 
Petang semalam, 22 Jul, aku dapat emel warning dari pihak urusetia. Gila berdebar. Peluh2 aku dibuatnya. Due date penghantaran paper adalah semalam. Sesiapa yang hantar selepas tarikh berkenaan tidak akan dimasukkan ke dalam buku konferens. 

Omai2........aku tak tahu la ni ugutan betul ke tak. If dia hantar macam tu bermaksud ramai lagi ketua projek yang tak hantar. Tak2. aku bukan nak sedapkan hati. Tapi......bila fikir balik orang2 berpangkat ni, kadang2 mereka ambil tak endah je due date ni. Termasuk SV aku. Haha. Aku bernasib baik juga SV tak mendesak tanya bila nak hantar (tapi pada masa yang sama, perkara ini buat kau makin malas).

Aku dah hantar ke SV untuk di check. Harap2 dia check hari ni juga so that aku boleh betulkan dan submit to urusetia by today! If terdesak, aku rasa aku perlu scan mc2 aku tu. Jauh di dasar hati, aku berharap gak yg SV atleast buatlah apa2 tindakan. huhu. Penatlah if semua perkara aku kena uruskan. Tak2, bukan mengungkit.

So, sekarang nak sambung cari literature untuk thesis. Buat persediaan di masa hadapan. Pergi Bengkel Dr OT pun tak dapat membantu if diri sendiri malas nak arwah! T______T

Pas submit paper selesai, boleh fokus on inti! Then fokus to next chapter dan seterusnya~ Fuh! macam dekat tapi jauh perjalanan onak berduri ni. Tak boleh nak persoalkan kenapa. Nanti dikira kufur nikmat.

Ya Allah, tetapkanlah niatku. Berikanlah petunjuk Hidayah. Permudahkanlah kehidupan kami sekeluarga di dunia, alam kubur dan akhirat. Amin...

p/s: terbaca status coursemate yang cuba siapkan thesis dalam masa sebulan. If dia berjaya, memang salute habis weh!!

Sebelum mengundur diri, terimalah! (Sumber rujukan: Google image of postgraduate student)









20.7.13

Alhamdulillah

Alhamdulillah. Takde denggi, yeay! but pening2 tu still ada. Dah rasa macam farmasi bergerak. Banyak gila dapat ubat. Thanks to all my friend yang bagi support.

Semalam berbuka di Kokopelli Travelers Bistro. Delicious and cozy.




Aku cuba untuk sihat sepenuhnya. Continue my works yang banyak gila tertangguh tu. Walau berat macam mana pun, kena hadapi jugak.
Kena cari supplement la. Penatlah asyik sakit. Dan aku rasa penat lg orang sekeliling aku kena melayan.
Mak dan Bapak pun bukannya sihat sangat. Sepatutnya turn aku jaga dorang pula. :(
Ada apa2 cadangan?



Apa-apa pun,

Saya janji untuk kuatkan diri!
eh, ulat baju kuning!


18.7.13

Cuba layan. Sikit je.

Dua lagu atas ni selalu bermain di laptop. 
Aku terjebak dengan korea?
Ngeh, kenalah melayan sikit.

Btw, aku demam teruk.
Nangis2 depan Dr. Memalukan.
Sakit gila sendi2 seluruh badan.
bila bangun, mmg tak stabil. Rasa seakan dunia berputar.
Nasib baik tak jatuh tangga.
Bila baring, rasa mcm ada sesuatu hempap seluruh badan. Berat. Aku jadi longlai.
Belum lg dah beberapa kali cubaan muntah tapi tak berjaya.
Disaster gila dalam toilet.huhu.
Semoga tak kena denggi!
Kalau tak macam mana dengan Kokopelli?
T___________T

16.7.13

Stressfull.

Ni keadaan aku dua minggu sebelum ini.


Ni keadaan aku pagi td.


Ni keadaan urat kepala aku sekarang.

Sakit tak ingat.

11.7.13

Tak siap lagi.

Pergh. Dah berapa minggu ni. Still tak siap2 lg paper ni. Pengalaman pertama katakan. Memang blur habis.

Dah dua minggu jugak tidur tak lena. Asal bangun je tgk lampu terbukak. Mimpi jgn cakap la. Dah merepek2. Rasa ketakutan di kejar sesuatu.

Kadang2 rasa nak berhenti master. Dah byk kali fikir. Mengenangkan kalau berhenti kena byr ganti rugi. Tu yang lemah tu. Plus, haruslah memalukan mak bapak. Semua dok tny,

Anak skrg kerja mana?
Tak kerja, sambung master.
Baguslah.
 -____________________-

*taaaaaaaaaaarik naaaaaaaaaafas*
*lepaskan!*

10.7.13

Wondering.

Dah 3 tahun. Tapi aku tertanya apa jadi pada Romantic Guy ni.

Selamat membuat keputusan.

Paper

Sebenarnya....

Aku kena siapkan paper. Kena submit 5 Julai yang lalu. Tapi haruslah tak boleh siapkan. Nasib baik projek2 yang lain ramai lagi tak hantar.

Then Urusetia lanjutkan tempoh sampai 15 Julai. Dan sepatutnya aku kena jumpa SV utk bagi beliau check. Tapi malangnya.........

hahaha.

Mampu gelak jew!

Harap2 siap sebelum waktunya.

Idea, sila datang mencurah2. Mari2.
Mood menulis, sila bangun. Pang kang!