27.11.09

JODOH: USAHA.BERSERAH.

topik kite pnjg aritu..ak asek tgk jam je bler la nk g racing.haha.well..ak terjumpe topik ni d tenet. Mybe bley merungkai perbualan kite tmpoh hari.

Saya ingin tahu apakah maksud sebenar jodoh dan pertemuan di tangan tuhan?

Memang diakui jodoh dan pertemuan itu adalah di tangan Tuhan. Bagamanapun kata-kata ini tidak boleh difahami secara umum begini, sebaliknya ia memerlukan huraian yang jelas, kerana ia mempunyai hubungan erat dengan qada' dan qadar Allah. Seseorang perempuan yang tidak di sangka-sangka dipinang orang kemudian berkahwin dan perkahwinannya kekal sehingga ke anak cucu. Itulah yang dikatakan jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Begitu juga seorang yang sudah lama bercinta dan berjanji untuk untuk berkahwin namun mereka gagal berkahwin, juga dikatakan sebagai jodoh pertemuan itu di tangan tuhan.
Bagaimanapun seseorang itu tidak boleh menyerah bulat-bulat kepada kaedah ini. Jangan hendaknya kerana jodoh pertemuan itu di tangan tuhan maka mereka tidak berusaha untuk mencari jodoh, sebaliknya mengambil sikap menunggu sahaja. Ini jelas satu prinsip hidup yang bercanggah dengan ajaran Islam. Kita dikehendaki berusaha selaras dengan ajaran-ajaran Islam yang Maha Suci, tetapi kita juga hendaklah menyerahkan kejayaan usaha kita itu kepada Allah SW. Setelah berusaha tetapi jodoh tidak ditemui juga barulah boleh kita mengatakan jodoh dan pertemuan itu di tangan Tuhan.
Dengan lain perkataan jodoh dan pertemuan yang berbentuk umum itu boleh diubah dengan usaha yang kita lakukan, kerana tidak tidak seorangpun yang dilahirkan sudah mengetahui jodoh dan pertemuannya. Sehubungan dengan usaha yang berterusan selaras dengan syariat mesti dilakukan.


Yeah..tu die..ntah..ak sbnr ny rimas sket topik2 jodoh nih..bukan xnk kawen tp byk lg menda xsetel dalam idup ak.ak doakan kite sume..ye..KITE SUME dpt jodoh yg terbaik..yg beri keselesaan pada kite dan sekeliling n pling penting bley tlg ingt mengingatkan dan membimbing ke jalan yg benar..supaya kereta yg kite pandu xterbabas mse berebut nk blek kg sape raya kang.heh.

p/s: xkasi ak jerit dlm kete?xpe2...ak ingt smpai bler2..heheh

No comments: